Sejarah Mira Bai

Mira Bai adalah puteri Ratan Singh[6] dari Kudki, sebuah kampung di Rajasthan. Ketika masih berumur tiga tahun, beliau telah amat tertarik dengan arca Giridhar (Sri Krishna) yang diberikan kepadanya oleh seorang Sadhu (orang alim). Ketika Mira berumur lima tahun, beliau menyaksikan suatu perarakan perkahwinan di hadapan rumahnya. Dengan penuh beria-ia, Mira menyoal ibunya, "Siapakah bakal pengantin lelaki saya, ibu?" Dengan bersenyum, ibunya menjawab bahawa Giridhar akan menjadi pengantin lelakinya. Kata-kata ini terpahat dalam hati Mira. Ketika Mira berusia lapan tahun, ibunya meninggal dunia.